SEBAHAGIAN PERISTIWA ANEH SEBELUM DAN SELEPAS KELAHIRAN BEBERAPA ORANG NABI
NABI SYITH
Nabi Syith merupakan putera bongsu kepada Nabi Adam dan Siti Hawa. Beliau dilahirkan tanpa pasangan kembar. Di dalam Kitab Shajrat- ul-Atrak, beliau digelari sebagai Ghazi Nu.
Ketika saat kelahiran beliau, berlaku gerhana matahari dan gerhana bulan dengan serentak dan diikuti muncul satu cahaya yang menyinari alam. Seluruh alam menyambut kelahirannya dengan penuh riang. Kemudian datang Malaikat Jibrail dan memberitahu Nabi Adam dan Siti Hawa bahawa anak yang dilahirkan itu merupakan pemberian dari Allah sebagai ganti Habil.
NABI NUH
Nabi Nuh merupakan anak kepada Nabi Lamak bin Nabi Matusyalakh bin Nabi Akhnukh (Nuh). Nama sebenar beliau ialah Syakirin.
Beliau dilahirkan dalam keadaan mukanya yang bercahaya dan kulit yang berwarna putih.
NABI IBRAHIM
Nabi Ibrahim merupakan anak kepada Tarikh dari suku kaum Nabi Sam bin Nabi Nuh. Beliau dilahirkan oleh ibunya di dalam sebuah gua dari cengkaman Raja Naram-Sin (Namrud) bin Manishtusu bin Sargon Agung.
Saat beliau dilahirkan, muncullah cahaya yang menerangi gua dari kegelapan. Kemudian, beliau ditinggalkan keseorangan oleh ibunya di dalam gua. Beliau hidup dengan menghisap jarinya di mana jarinya akan mengeluarkan air madu sekiranya dihisap oleh beliau. Allah memelihara beliau dari binatang buas hingga beliau dewasa.
NABI ZARATHUSTRA
Zarathustra, atau Zoroaster bagi Yunani, atau Zarathushtra Spitama bagi Parsi, merupakan seorang Nabi dan tokoh agama penting bagi Parsi lama. Beliau lahir pada 628 SM. di ibu negara kerajaan Achaemenian, Persepolis.
Menurut Gathas, Zarathustra lahir di dalam Keluarga Spitama. Bapanya bernama Purushaspa dan ibunya bernama Doghdova. Beliau adalah anak ketiga dari 5 orang beradik.
Diceritakan bahawa ketika saat beliau hendak dilahirkan suatu cahaya yang sangat terang menyinari awan. Kemudian beberapa orang Malaikat dari Syurga datang melawat bagi memberi penghormatan kepada beliau, dan beliau ketawa ketika dilahirkan, tidak seperti bayi lain.
NABI SIDDHARTA GAUTAMA
Nabi Siddharta Gautama merupakan anak kepada Raja Suddhodana dan Ratu Maya. Salasilahnya bersambung dengan Ishbak bin Nabi Ibrahim.
Ketika beliau belum dilahirkan, ibunya bermimpi suatu cahaya jatuh ke ribanya. Sejak
Rah mencatatkan bahawa beliau dilahirkan pada tahun 623 SM di Taman Lumbini, saat ibuanya berdiri memegang dahan pohon sala. Pada saat beliau lahir, dua arus kecil jatuh dari langit, yang satu dingin sedangkan yang satu lagi hangat. Arus tersebut membasuh tubuh beliau padahal beliau lahir dalam keadaan bersih tanpa noda.
NABI KONGFUCIUS
Diceritakan bahawa pada tanggal 3 Oktober, ada yang menetapkan tanggal 27 September) tahun 551 SM, lahirlah Nabi Khongcu di dunia yang sudah lama menantikannya itu. Pada malam itu saat menjelang kelahiran muncullah dua ekor naga berjaga-jaga di antara gunung-gunung dekat bangunan tua di lembah Khong Song, tempat kelahirannya.
Tidak lama kemudian nampak dari jauh terbang turun lima orang Malaikat, mereka turun langsung menuju ke halaman rumah dan bersama berjalan masuk ke serambi rumah. Mereka datang untuk menyambut dan mengabarkan datangnya Sang Bok Tok, Genta Rokhani Tuhan Yang Maha Esa, yang kelak akan membawakan perubahan dalam peradaban manusia dan menegakkan Firman Tuhan di dalam hidupnya.
NABI KRISHNA
Nabi Krishna merupakan anak kepada Basudewa dan Dewaki. Salasilah beliau bersambung dengan Ishbak bin Nabi Ibrahim. Merupakan anak bongsu kepada Basudewa.
Beliau dilahirkan oleh ibunya di dalam penjara. Ketika saat ibunya ingin melahirkannya, tiba-tiba petir menyambar-nyambar, halilintar yang menggelegar semakin mengheningkan suasana. Tiba-tiba pada malam yang gelap itu, terdapat sebuah cahaya yang terang yang memasuki penjara bawah tanah tempat akan lahirnya beliau.
Selepas beliau dilahirkan, terdengarlah dari langit satu suara berkata: "Wahai Basudewa, putramu ini adalah utusan dari Tuhan untuk membinasakan Kangsa karena kesombongan dan keserakahannya. Bawalah putra ini pada sahabatmu Raja Nanda di Gokula, ia akan merawat anakmu dengan baik!”.
NABI ISA
Nabi Isa merupakan putera kepada Siti Maryam yang dilahirkan tanpa hubungan persenyawaan. Salasilah beliau bertemu kepada Nabi Sulaiman bin Nabi Daud.
Dikatakan saat kelahiran beliau, bintang timur mengiringinya sekali di langit dan cahaya terpancar di wajahnya. Saat bayi juga, beliau boleh berkata-kata seperti orang dewasa.
NABI MUHAMMAD SAW
Nabi Muhammad SAW merupakan anak kepada Abdullah dan Siti Aminah di mana salasilah Baginda SAW bertemu dengan Qhaidhar bin Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim.
Baginda SAW dilahirkan di hari Isnin, tanggal dua belas di malam yang tenang pada bulan Rabiul Awwal, Tahun Gajah.” (Imam Ibnu Hisyam, juz 1, hlm 183).
Sebelum Baginda SAW, dilahirkan, perasaan Siti Aminah begitu tenang dan damai, terutama 12 hari sebelum kelahiran. Siti Aminah juga mengalami beberapa kejadian mengagumkan menjelang kelahiran Baginda SAW
Berikut adalah 12 peristiwa mengagumkan itu.
1. Pada malam tanggal pertama Rabi’ul Awwal, Siti Aminah mendapatkan kedamaian dan ketenteraman dari Allah, sehingga merasa begitu tenang dan damai.
2. Malam tanggal kedua, Siti Aminah menerima seruan berita dari Allah bahwa ia akan segera mendapatkan anugerah yang agung dan mulia.
3. Malam ketiga, Siti Aminah kembali menerima pesan dari Allah bahwa ia sebentar lagi akan melahirkan Nabi paling agung dan mulia, Nabi Muhammad SAW.
4. Malam keempat, suara dzikir Malaikat terdengar jelas hingga ke telinga Siti Aminah.
5. Malam kelima, Siti Aminah mimpi bertemu dengan Nabi Ibrahim. Dalam mimpi itu, Nabi Ibrahim meminta Siti Aminah untuk bergembira karena akan melahirkan Nabi pemilik kemuliaan.
“Bahagialah engkau, wahai Aminah dengan lahirnya Nabi yang agung ini, Nabi pemilik cahaya yang terang benderang, Nabi pemilik keutamaan, Nabi pemilik kemuliaan, dan Nabi pemilik segala bentuk pujian,” kata Nabi Ibrahim kepada Siti Aminah.
6. Malam keenam, Siti Aminah melihat cahaya memenuhi sudut-sudut alam semesta, hingga tidak ada kegelapan.
7. Pada malam ketujuh, Siti Aminah melihat Malaikat berbondong-bondong mendatangi rumahnya.Mereka menyampaikan kabar gembira bahwa waktu kelahiran Rasulullah SAW semakin dekat.
8. Malam kedelapan, Siti Aminah mendengar berita yang menyerukan kepada seluruh penghuni alam, untuk berbagi karena kelahiran Rasulullah SAW semakin dekat.
9. Di malam kesembilan, Siti Aminah merasakan ketenangan dan kedamaian, sehingga tidak merasa sedih sedikit pun.
10. Malam kesepuluh, Siti Aminah melihat tanah Mina dan Thaif bergembira menyambut kelahiran Muhammad SAW.
11. Malam ke-11, Siti Aminah melihat seluruh penghuni langit begitu senang menyambut detik-detik kelahiran sang Rasul.
12. Malam-12, Siti Aminah yang ada di rumah melihat langit begitu cerah.
#MAMR
Ulasan
Catat Ulasan