SIRI PARA ANBIYA': NABI BALAAM
Nabi Balaam merupakan seorang Nabi Allah yang hidup dan tinggal di dalam negeri Moab. Bapa beliau bernama Ba'uro dan beliau bukan berasal dari kaum Bani Israil dan berkemungkinan berasal dari kaum Moab itu sendiri. Nama beliau bukan saja disebut dalam Kitab Perjanjian Lama sebagai Bileam bin Beor malah ada juga disebut dalam beberapa prasasti (inskripsi) yang ditemukan pada tahun 1967 di Jordan.
Adapun prasasti yang terdapat di Jordan itu terdiri dari teks plaster yang terdapat di dinding rumah di laman Tell Deir Alla (mungkin harus dikenali dengan Kitab Sukkoth ). Teks itu merujuk kepada Bileam putra Beor yang sama, yang menerima pesan menakutkan dari Shadday. Shadday dalam sebutan bahasa Moab merujuk kepada Tuhan Yang Esa (Tunggal). Keesokan paginya beliau tidak dapat makan dan menangis dengan kuat. Ketika orang-orangnya menuntut penjelasan, beliau memberitahu mereka bahwa beliau telah mengetahui bahawa Shadday telah memutuskan untuk menutup langit dengan kegelapan abadi.
Pada ketika itu, raja yang memerintah negeri Moab bernama Balak bin Zippor, seorang penguasa yang berdedikasi tinggi dan kejam. Nabi Balaam juga dikatakan hidup sezaman dengan Nabi Musa bin Imran bin Yishar bin Qahith bin Nabi Lawi bin Nabi Ya'aqub bin Nabi Ishaq bin Nabi Ibrahim.
Dikisahkan bahawa berita tentang kaum Bani Israil menewaskan kaum Amorite telah tersebar ke bangsa-bangsa di sekelilingnya yang mana pemerintahnya merasa terkejut untuk mengetahui bahawa tentera sekuat itu telah muncul dari selatan. Mungkin pemerintah yang paling risau adalah Balak, raja Moab. Baginda tidak menyedari, kaum Bani Israel telah melintasi secara senyap di sempadan negaranya di sempadan timur, yang mana umat ini mempunyai kuasa bala tentera yang kuat.
Kearah tanah kuno Mesopotamia, di atas lembah Euprates, tinggal seorang Nabi yang bernama Balaam. Nabi Balaam dikenali dalam banyak kawasan sebagai seorang yang mempunyai kurnia nubuatan dan beliau boleh memberi berkat yang baik dan buruk kepada seseorang.
Raja Balak mendengar bahawa Nabi Balaam mempunyai mukjizat melalui Allah, untuk memberkati orang dan memberi keburukan kepada mereka. Dengan mukjizat itu, baginda fikir, adalah lebih besar daripada penyihir yang bekerja melalui ilmu hitam. Raja Balak pun berkata kepada pegawainya: “Sekiranya Balaam ini boleh memberi kecelakaan kepada bangsa Israel, mereka yang melintasi sempadan akan menjadi cacat dan kita boleh singkirkan mereka atau musnahkan mereka. Kita harus cuba setiap kemungkinan untuk menyingkirkan umat Israil itu, dan dengan itu beta mahu Balaam dibawa ke sini.”
Di dalam sejarah tamadun dunia, raja-raja Timur Dekat Kuno sering mengharapkan para Nabi dan para penyembah untuk mengucapkan penderitaan seperti itu kepada musuh mereka sebelum pertempuran.
Raja Balak pun segera mengutus beberapa puteranya kearah timur Madyan, dimana mereka bertemu dengan putera raja Madyan. Kemudian mereka bergerak ke utara ke kota Pethor dimana Nabi Balaam tinggal dan mereka membawa bersama wang bayaran. Kemudian mereka memberitahu Nabi Balaam apa yang Raja Balaak katakan:
“Orang Israil telah keluar dari tanah Mesir; mereka menutupi kebanyakan kawasan dan mereka berkemah dekat dengan negeri beta. Sekarang datanglah dan kutuklah mereka, kerana mereka juga berkuasa kepada beta. Mungkin beta dapat mengalahkan mereka dan menyingkirkan mereka keluar dari negeri ini. Kerana beta tahu orang yang engkau berkat akan diberkati dan orang yang kamu kutuk akan dikutuk".
Raja Balak mengetahui bahawa apa yang dikatakan olehnya tidak benar. Allah telah melarang kaum Bani Israil untuk menyerang Moab. Sebenarnya, Raja Balak merasa dengki kepada kaum Bani Israil kerana Allah telah memberkati mereka dan bukan memberkati kaum Moab kerana kaum Moab itu menyembah berhala.
Nabi Balaam pun berkata : “Bermalamlah disini, dan aku akan membawa jawapan dari Tuhanku”. Jadi putera-putera Moab itu tinggal bersama dengan Nabi Balaam. Pada malam itu, Malaikat Jibrail datang kepada Balaam dengan membawa firman Allah dan bertanya : “Siapakah orang yang bersama dengan engkau?” Nabi Balaam pun memberitahu kepada bahawa orang-orang ini datang untuk meminta beliau mengutuk umat Nabi Israil.
Firman Allah : "Engkau tidak harus pergi bersama dengan orang ini untuk mengutuk kaum Bani Israil, kerana mereka diberkati oleh Allah”. Pada keesokan harinya Nabi Balaam terus berjumpa dengan putara-putra itu, dan memberitahu mereka untuk kembali ke negeri mereka kerana Tuhan tidak mahu mereka mengikutinya.
Jadi para putera itu kembali dan memberitahu Raja Balak bahawa Nabi Balaam tidak mahu datang ke istana. Kemudian Raja Balak mengutus putera lain, yang lebih ramai dan lebih terkenal dari yang pertama. Mereka datang kepada Nabi Balaam dan berkata : “Raja Balak berkata: "Jangan biarkan diri engkau untuk tidak datang mengadap beta, kerana beta akan mengupahmu dengan baik dan melakukan apa sahaja yang engkau katakan. Datanglah dan kutuklah kaum Bani Israil untuk beta”.
Nabi Balaam pun memberitahu mereka : “Walaupun Raja Balaak memberikan aku perak dan emas, aku tidak boleh melakukan perkara besar atau kecil untuk pergi melawan perintah Tuhanku. Sekarang tinggallah disini seperti yang lain dan aku akan memohon kepada Tuhanku apa lagi yang akan difirmankan kepadaku”. Malam itu, Malaikat Jibrail datang membawa firman Allah, katanya: “Oleh kerana orang ini datang untuk mencari engkau, pergilah dengan mereka, tetapi lakukan apa yang Aku perintahkan!".
Nabi Balaam pun bangun awal pagi pada hari berikutnya dan pergi kepada para putera dan menyampaikan apa yang diterima dari Allah.
Nabi Balaam pun menyatakan bahawa beliau hanya mengucapkan apa yang diilhamkan oleh Allah. Raja Balak menjadi marah dan memberi tekanan kepada beliau. Walaupun mendapat tekanan dari Raja Balak, Nabi Balaam tetap setia kepada Tuhannya dan memberkati kaum Bani Israil.
Ditemani dengan dua hambanya, Nabi Balaam pun bergabung dengan para putera dan menuju ke Moab. Apabila Raja Balak mendengar Nabi Balaam sudah datang, Raja Balak pun keluar berjumpa dengan Nabi Balaam di pekan Arnon. Raja Balak pun berkata: “Mengapa engkau tidak datang ke Moab pada kali pertama beta menjemput engkau?” Raja Balak bertanya dengan tidak sabar : “Tidakkah engkau sedar yang beta boleh mengupah engkau?”. Nabi Balaam pun dengan wajah selamba menolak tawaran yang diberikan sekiranya beliau melaknati kaum Bani Israil. Beliau dengan tegas mengatakan bahawa ia suatu perkara keji bagi seorang Nabi untuk menyakiti kaum lain.
Nabi Balaam tahu kaum Bani Israil telah datang daripada Mesir, dan beliau juga tahu bahawa Tuhan kaum Bani Israil adalah satu-satunya Tuhan yang Benar dan Tuhan bagi seluruh Nabi-Nabi yang membawa risalah tauhid termasuk dirinya. Beliau menyedari yang beliau telah terserempak dengan satu keadaan yang sangat serius.
Kemudian Nabi Balaam berkata: “Bina untuk aku tujuh mezbah disini, dan sediakan tujuh lembu jantan dan tujuh kambing jantan bagiku sebagai korban!”. Raja Balak melakukan apa yang dikehendaki oleh Nabi Balaam dan dua daripada mereka memberikan lembu jantan dan satu kambing jantan pada setiap mezbah.
Nabi Balaam pun berkata kepada Raja Balak: “Tinggallah tuanku disini sementara aku pergi. Mungkin Tuhanku akan datang berjumpa dengan aku. Apa sahaja Dia dedahkan kepadaku, aku akan memberitahu kepada tuanku” Kemudian Nabi Balaam pergi ke satu tempat yang tandus.
Dalam perjalanan, Allah berfirman kepada beliau: " Wahai Balaam, kembalilah engkau kepada Balak dan sampaikan firman-Ku ini. Apabila Balaam kembali beliau mendapati Raja Balak berdiri di sebelah mezbah, dengan kesemua putera-putera kaum Moab. Nabi Balaam pun menyampaikan firman Allah kepada Raja Balak: " Tuanku memanggil aku daripada rumahku di Aram dengan hasrat aku melaknati kaum Bani Israil. Ia akan menjadi mustahil bagiku untuk mendoakan satu sumpahan kepada kaum yang telah direstui oleh Tuhanku. Ia akan menjadi paling bodoh sebenarnya, untuk mana-mana satu atau mana-mana negara untuk cuba melanggar sebuah negara Tuhanku!".
"Tuhanku telah memilih mereka ini untuk sesetengah matlamat besar. Mereka akan sentiasa timbul di atas negara-negara lain, dan mereka akan menjadi satu kaum dengan jumlah yang besar sehingga dapat dibandingkan untuk jumlah bintik debu dalam tanah. Aku mempercayai apabila aku mati nanti, kematianku akan menjadi mulia seperti orang yang telah terpilih bagi sesetengah tujuan tinggi”.
Raja Balak tidak berpuas hati dan cuba sedaya upaya untuk menggoda Nabi Balaam dengan emas dan perak. Tetapi semuanya menjadi sia-sia kerana Nabi Balaam tetap dengan pendiriannya untuk tidak melaknati kaum Bani Israil. Raja Balak pun berkata kepada Nabi Balaam: "Mengapa engkau bercakap tentang kebaikan Bani Israil?” Raja Balak bertanya dengan marah. “Beta membawa engkau ke sini untuk mengutuk musuhku tetapi engkau tidak melakukan apa-apa tetapi memberkati mereka”.
Nabi Balaam pun berkata: " Apakah aku harus mengatakan apa yang diperintahkan oleh Tuhanku?". Raja Balak mendiamkan dirinya.
Sementara itu, Nabi Balaam sekali lagi pergi ke bahagian terpencil di sebuah pergunungan untuk berhubung dengan Tuhannya. Allah pun menyampaikan firman-Nya kepada Nabi Balaam. Nabi Balaam pun kembali mengadap Raja Balak lalu menyampaikan firman Tuhannya: " Wahai tuanku, sesungguhnya Tuhanku telah berfirman agar tuanku mendengar-Nya dan Dia tidak pernah memungkiri janji-Nya dan Dia juga telah merahmati kaum Bani Israil. Sesungguhnya aku telah diarahkan untuk meneruskan menurut rahmat itu dan ia akan jadi mustahil bagiku untuk mengubah rahmat Tuhanku untuk satu sumpahan".
Nabi Balaam terus menyampaikan firman Tuhannya: "Seorang raja Israil akan muncul berkuasa yang akan menyerang bangsamu dengan kuasa yang kuat dimana ia akan musnah serta merta. Orang Moab yang tidak mati akan menjadi hamba kepada orang Israil.
Bagi kaum Edom dan Seir, negara-negara mereka akan jatuh juga kepada Bani Israil. Begitu juga kaum Amalek yang berkuasa akan jatuh sebelum Israil, dan akan hilang selama-lamanya. Kaum Kenites juga akan menjadi tawanan, walaupun mereka hidup dalam kubu-kubu berbatu batan di gunung-ganang itu".
Segala apa yang disampaikan oleh Nabi Balaam membuatkan hati Raja Balak terus membara. Baginda membuat rancangan untuk membunuh Nabi Balaam kerana ingkar dengan perintahnya. Raja Balak pun membuat pakatan dengan panglimanya untuk membunuh Nabi Balaam di suatu tempat.
Pada keesokan harinya, Raja Balak dan beberapa orang panglimanya mengajak Nabi Balaam ke bandar Kirjath-huzoth (sebuah kota lorong). Kemudian mereka terus ke Bamoth Baal. Di dalam perjalanan ke sana, salah seorang panglima Raja Balak telah menikam Nabi Balaam dengan pedangnya. Dalam keadaan parah, Nabi Balaam telah berdoa kepada Allah agar Raja Balak dan seluruh kaum Moab mendapat laknat dari Allah. Akhirnya, Nabi Balaam pun wafat dan jasadnya telah di makamkan di sebuah perkampungan di dalam negeri Moab.
#MAMR
Ulasan
Catat Ulasan