SIRI PARA ANBIYA': NABI AUSHA'


Nabi Ausha' merupakan seorang Nabi yang dilantik oleh Allah Ta'ala dari kalangan kaum Bani Israil. Beliau dikatakan berasal dari perkampungan Bayt Nabala yang berada di daerah al-Ramla, Palestin.


Beliau dikatakan muncul selepas kenabian Nabi Ilyas dan Nabi Ilyasa' dan kemungkinan sezaman dengan Nabi 'Uzair bin Semaya dan Nabi Zakaria bin Nabi Barakhiah. 


Sepanjang hidupnya, Nabi Ausha' sering berperang dengan golongan-golongan kuffar (orang kafir). Setiap kali beliau menjalankan misi dakwahnya, beliau sering melemparkan ihramnya (jubah) sebagai tanda misinya. Dalam menyampaikan dakwahnya, beliau sering kali ditentang oleh pemuka-pemuka kaum malah mereka juga sering membuat rancangan untuk membunuh beliau.


Dikatakan bahawa Nabi Ausha' pernah berperang dengan orang-orang kafir di suatu kawasan antara Jefna ke Astoo. Di dalam peperangan itu, Nabi Ausha'  telah membunuh kaum-kaum kafir dengan menggunakan pedang kayu (seif khashab). Dengan kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Ausha' telah membuatkan kaum-kaum kafir mundur dan melarikan diri.


Selepas itu, beliau sering memencilkan diri dan beribadah kepada Allah Ta'ala sehingga beliau wafat. Jenazah beliau telah dimakamkan di suatu kawasan di barat Palestin


#MAMR

Ulasan