SIRI ANBIYA': NABI KHALID


Nabi Khalid a.s merupakan seorg Nabi bangsa Arab dari keturunan Banu 'Absi. Nama penuh beliau ialah Khalid bin Sinan bin Ghayth bin Muraytha bin Makhzum bin Rabi'ah bin 'Aus bin Malik bin Ghalib bin Qutay'ah bin 'Abs bin Bughaydh bin Raith bin Ghatafan bin Sa'd bin Qais 'Aylan (al-Nas) bin Mudar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.


Beliau dilahirkan di suatu perkampungan di Al-Yamamah, 50 tahun sebelum Tahun Gajah. Nabi Khalid a.s dilantik menjadi Nabi dan diutus pada negeri Yaman pada zaman antara sdua Rasul atau disebut Zaman Fitrah...Sebahagian mengatakan bahawa beliau muncul dalam tamadun dunia 300 tahun selepas Nabi Isa a.s diangkat ke langit.


Beliau dikatakan seorang penulis Arab yang terkenal sehingga beliau dilantik menjadi hakim bagi suku Bani 'Abs. Sepanjang berdakwah, beliau sering menyeru manusia supaya meninggalkan penyembahan berhala, minum arak dan riba. 


Al-Hakim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :"Dia (Khalid bin Sinan) adalah seorangg Nabi yang disia-siakan oleh kaumnya".


As-Sakhaui mengatakan bahawa Nabi Khalid bin Sinan al Absi wafat pada tahun 435 Masihi sementara Sheikh Ali al-Bouanani al-Matmati mengatakan bhw beliau wafat 5 tahun sebelum Tahun Gajah dan dimakamkan di atas Gunung Gokjeh di timur laut berhampiran perbatasan dengan Turkmenistan.


Beliau meninggalkan beberapa orang anak diantaranya bernama Abdullah dan seorang anak gadis bernama Mahyat yang pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW.


#MAMR

Ulasan