SIRI ALAM GHAIB: PENCIPTAAN HAIWAN-HAIWAN
Haiwan merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah Ta'ala untuk memenuhi keperluan di dalam dunia terutamanya bagi keperluan manusia. Firman Allah Ta'ala di dalam al-Quran,
Surah An-Nuur ayat 45 yang bermaksud:
"Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Menurut satu riwayat, semua haiwan yang ada di dalam dunia ini tidak kira di laut atau di darat diciptakan pada hari Selasa. Tapi pernahkah kita tahu sebelum penciptaan haiwan di dalam bumi, Allah telah ciptakan beberapa haiwan di dalam Syurga. Di antara haiwan-haiwan yang diciptakan di dalam Syurga adalah sapi, unta, kuda, keldai, kambing, anjing, baghal dan lain² lagi.
Adapun sapi diciptakan dari za'faran. Maka ianya di datangkan dari Syurga kepada Nabi Adam a.s untuk bertani di dunia.
Unta diciptakan dari cahaya Syurga dan ia didatangkan dari Syurga untuk memperindahkan Kaa’bah yang zahir dan yang batin.
Kuda diciptakan dari angin Syurga dan ia didatangkan dari Syurga sebagai alat untuk perang kecil dan perang besar. Semua itu adalah untuk akhirat.
Keldai diciptakan dari batu-batu Syurga. Ia diciptakan untuk keperluan Nabi Adam a.s dan keturunannya di dunia dalam rangka mendapatkan darjat akhirat.
Adapun kambing diciptakan dari madu Syurga, anjing diciptakan dari tanah yang dicungkil dari perut lembaga Adam oleh Malaikat Jibrail akibat diludah oleh Iblis dan baghal diciptakan dari sifat muthma'innah yang terendah
Kesemua binatang-binatang ini diturunkan oleh Allah Ta'ala satu persatu (berpasangan) bagi memenuhi keperluan Nabi Adam dan anak keturunannya dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Dari kesemua binatang inilah menjadi induk kepada binatang yang sejenis dengannya.
#MAMR
Ulasan
Catat Ulasan