Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021
 SIRI ALAM GHAIB: PENCIPTAAN HAIWAN-HAIWAN  Haiwan merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah Ta'ala untuk memenuhi keperluan di dalam dunia terutamanya bagi keperluan manusia. Firman Allah Ta'ala di dalam al-Quran,  Surah An-Nuur ayat 45 yang bermaksud: "Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". Menurut satu riwayat, semua haiwan yang ada di dalam dunia ini tidak kira di laut atau di darat diciptakan pada hari Selasa. Tapi pernahkah kita tahu sebelum penciptaan haiwan di dalam bumi, Allah telah ciptakan beberapa haiwan di dalam Syurga. Di antara haiwan-haiwan yang diciptakan di dalam Syurga adalah sapi, unta, kuda, keldai, kambing, anjing, baghal dan...
  ASAL MUASAL TERJADINYA HUBUNGAN HOMOSEKSUAL DAN LESBIAN. Homoseksual dan Lesbian merupakan suatu perbuatan penyimpangan sosial yang memiliki orientasi yang bertentangan dengan fitrah manusia, agama dan budaya hidup masyarakat. Homoseksual merupakan di mana lelaki suka kepada lelaki atau kaum sejenisnya sementara Lesbian merupakan istilah bagi wanita yang mengarahkan orientasi seksualnya kepada sesama jenisnya. Istilah ini juga merujuk kepada wanita yang mencintai wanita baik secara fizikal emosional dan seksual, atau bahkan secara spiritual. Asal mula terjadinya kedua hubungan ini adalah di sebuah negeri bernama negeri Sadum. Pada awalnya, kaum Sadum menyembah kepada Allah Ta'ala. Dengan keimanan yang mereka tunjukkan, maka negeri mereka dikurniakan oleh Allah Ta'ala kekayaan bumi yang melimpah ruah terutamanya hasil buah²an. Dengan hasil bumi yang mereka miliki, negeri mereka tidak pernah mengalami masalah makanan malah mereka menjualnya kepada orang-orang luar yang datang...
 SIRI PARA ANBIYA': NABI BALAAM Nabi Balaam merupakan seorang Nabi Allah yang hidup dan tinggal di dalam negeri Moab. Bapa beliau bernama Ba'uro dan beliau bukan berasal dari kaum Bani Israil dan berkemungkinan berasal dari kaum Moab itu sendiri. Nama beliau bukan saja disebut dalam Kitab Perjanjian Lama sebagai Bileam bin Beor malah ada juga disebut dalam beberapa prasasti (inskripsi) yang ditemukan pada tahun 1967 di Jordan. Adapun prasasti yang terdapat di Jordan itu terdiri dari teks plaster yang terdapat di dinding rumah di laman Tell Deir Alla (mungkin harus dikenali dengan Kitab Sukkoth ). Teks itu merujuk kepada Bileam putra Beor yang sama, yang menerima pesan menakutkan dari Shadday. Shadday dalam sebutan bahasa Moab merujuk kepada Tuhan Yang Esa (Tunggal). Keesokan paginya beliau tidak dapat makan dan menangis dengan kuat. Ketika orang-orangnya menuntut penjelasan, beliau memberitahu mereka bahwa beliau telah mengetahui bahawa Shadday telah memutuskan untuk menutup la...
 SIRI PARA ANBIYA': NABI SAFA Nabi Safa merupakan seorang Nabi Allah yang hidup sekitar pertengahan abad kurun ke 8-7 Sebelum Masihi. Beliau dikatakan berasal dari keturunan Bani Israil dan berasal dari Yakub. Sepanjang kehidupan, beliau tinggal di sempadan antara Hebron dan Jerusalem. Tidak banyak tentang kehidupan beliau diketahui kerana beliau dikatakan seorang Nabi yang kurang menonjolkan dirinya. Cuma sedikit catatan tentang beliau yang masih ada dimana setiap orang yang ingin menjumpainya pasti tidak dapat menemuinya melainkan mereka mendapat petunjuk dan bergantung pada iman mereka. Beliau juga dikatakan seorang Nabi yang sangat disegani oleh masyarakat setempat kerana sering membantu mereka di dalam kesusahan. Beliau juga sering membantu para Rasul atas perintah Allah dalam menegakkan panji agama di dalam Kerajaan Yehuda dan pernah menceburi beberapa siri peperangan menentang pencerobohan dari kerajaan Babylon dan Mesir. Beliau dikatakan wafat ketika usianya sudah lanjut da...
 SIRI PARA ANBIYA': NABI MA'IN Nabi Ma'in merupakan seorang Nabi Allah yang pernah hidup di barat Palestin dan beliau dikatakan berasal dari kaum Bani Israil. Beliau merupakan anak kepada Ya'aqub di mana Ya'aqub ini bukanlah nama bagi Nabi Ya'aqub bapa Nabi Yusuf. Nabi Ma'in juga mempunyai lima orang saudara perempuan dan dua orang lelaki. Adapun lima saudara perempuan beliau bernama Hannaneh (Hanaya), Zahra, Menna'a, Huriyeh dan Farha sementara yang lelaki bernama Bunyamin dan Nabi Sira. Sepanjang menjadi Nabi pilihan, beliau sering mengingati ahli keluarganya yang terdekat tentang azab Allah dan peristiwa yang akan menimpa kaum Bani Israil dari zaman ke zaman. Beliau juga dikatakan telah mendirikan Mizbah di Bir el Ma'in yang kadang-kadang disebut Deir el Ma'in.   Riwayat hidup Nabi Ma'in tidak banyak diperolehi tetapi beliau menjadi Nabi lagenda di barat Palestin pada ketika itu. Saat beliau wafat, lima saudaranya bergegas datang dari Jise...
 SIRI PARA ANBIYA': NABI SYITH Nabi Syith merupakan anak bongsu kepada Nabi Adam dan Siti Hawa. Nama sebenar beliau ialah Haibatullah sementara di dalam Kitab Shajrat ul-Atrak, beliau digelari sebagai Ghazi Nu. Menurut riwayat, beliau dilahirkan ketika usia bapanya Nabi Adam 700 tahun. Beliau dikatakan telah dilahirkan di negeri Assyria dan menghabiskan hidupnya di negeri itu. Menurut Kitab Taurat (Perjanjian Lama), beliau dilahirkan bersendirian tanpa pasangan kembar. Menurut mereka, nama Syith bermaksud "Pemberian dari Allah" iaitu merupakan pemberian sebagai ganti Habil. Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa Siti Hawa melahirkan Nabi Syith bersama saudara perempuannya, Azura. Sewaktu melahirkan Nabi Syith, Malaikat Jibrail pun berkata kepada Nabi Adam dan Siti Hawa: "Sesungguhnya bayi ini adalah pemberian dari Allah sebagai ganti Habil". Nabi Syith merupakan orang pertama yg bercakap dalam bahasa Ibrani, orang pertama memakai kopiah dan kasut. Di samping itu, bel...
 SEBAHAGIAN PERISTIWA ANEH SEBELUM DAN SELEPAS KELAHIRAN BEBERAPA ORANG NABI NABI SYITH Nabi Syith merupakan putera bongsu kepada Nabi Adam dan Siti Hawa. Beliau dilahirkan tanpa pasangan kembar. Di dalam Kitab Shajrat- ul-Atrak, beliau digelari sebagai Ghazi Nu. Ketika saat kelahiran beliau, berlaku gerhana matahari dan gerhana bulan dengan serentak dan diikuti muncul satu cahaya yang menyinari alam. Seluruh alam menyambut kelahirannya dengan penuh riang. Kemudian datang Malaikat Jibrail dan memberitahu Nabi Adam dan Siti Hawa bahawa anak yang dilahirkan itu merupakan pemberian dari Allah sebagai ganti Habil. NABI NUH Nabi Nuh merupakan anak kepada Nabi Lamak bin Nabi Matusyalakh bin Nabi Akhnukh (Nuh). Nama sebenar beliau ialah Syakirin. Beliau dilahirkan dalam keadaan mukanya yang bercahaya dan kulit yang berwarna putih.  NABI IBRAHIM Nabi Ibrahim merupakan anak kepada Tarikh dari suku kaum Nabi Sam bin Nabi Nuh. Beliau dilahirkan oleh ibunya di dalam sebuah gua dari cengka...
 SIRI ANBIYA': NABI KHALID Nabi Khalid a.s merupakan seorg Nabi bangsa Arab dari keturunan Banu 'Absi. Nama penuh beliau ialah Khalid bin Sinan bin Ghayth bin Muraytha bin Makhzum bin Rabi'ah bin 'Aus bin Malik bin Ghalib bin Qutay'ah bin 'Abs bin Bughaydh bin Raith bin Ghatafan bin Sa'd bin Qais 'Aylan (al-Nas) bin Mudar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan. Beliau dilahirkan di suatu perkampungan di Al-Yamamah, 50 tahun sebelum Tahun Gajah. Nabi Khalid a.s dilantik menjadi Nabi dan diutus pada negeri Yaman pada zaman antara sdua Rasul atau disebut Zaman Fitrah...Sebahagian mengatakan bahawa beliau muncul dalam tamadun dunia 300 tahun selepas Nabi Isa a.s diangkat ke langit. Beliau dikatakan seorang penulis Arab yang terkenal sehingga beliau dilantik menjadi hakim bagi suku Bani 'Abs. Sepanjang berdakwah, beliau sering menyeru manusia supaya meninggalkan penyembahan berhala, minum arak dan riba.  Al-Hakim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersa...
 SIRI PARA ANBIYA': NABI AUSHA' Nabi Ausha' merupakan seorang Nabi yang dilantik oleh Allah Ta'ala dari kalangan kaum Bani Israil. Beliau dikatakan berasal dari perkampungan Bayt Nabala yang berada di daerah al-Ramla, Palestin. Beliau dikatakan muncul selepas kenabian Nabi Ilyas dan Nabi Ilyasa' dan kemungkinan sezaman dengan Nabi 'Uzair bin Semaya dan Nabi Zakaria bin Nabi Barakhiah.  Sepanjang hidupnya, Nabi Ausha' sering berperang dengan golongan-golongan kuffar (orang kafir). Setiap kali beliau menjalankan misi dakwahnya, beliau sering melemparkan ihramnya (jubah) sebagai tanda misinya. Dalam menyampaikan dakwahnya, beliau sering kali ditentang oleh pemuka-pemuka kaum malah mereka juga sering membuat rancangan untuk membunuh beliau. Dikatakan bahawa Nabi Ausha' pernah berperang dengan orang-orang kafir di suatu kawasan antara Jefna ke Astoo. Di dalam peperangan itu, Nabi Ausha'  telah membunuh kaum-kaum kafir dengan menggunakan pedang kayu (seif ...